Featured

Friday, November 30, 2012

pernah alami x??


Assalamualaikum w.b.t..


selamat hari jumaat semua!! tinggal lagi sehari je nak meroyan kat rumah.. dari tengah hari ni sampai lar tengah hari Sabtu.. terasa nak buat apa-apa yg rasa belum di buat since sampai rumah sebulan yang lalu, baik buat cepat.. haha.. nanti mulalah kol cakap terlupa buat itu, then terlupa buat ini.. haha..


selalunya husna akan kol cakap "lah..terlupa makan itu, or ini and so on" haha.. =P tapi bukan itu yg husna nak cerita.. ini pasal terlupa ayat kursi sewaktu solat subuh sehari dua lepas.. *dah lepas?? x kira nak share  jugak.. 


waktu tu rasa macam terkejut gile ++ lah.. sebab ayat kursi ni memang husna selalu baca dalam solat.. bila teringat balik waktu tu, husna asyik nak sambung ayat kursi dengan surah lain.. ohh pelik! kept repeating it but still da same.. pagi tu cerita dengan mama, then she said based on her experiences that im gonna died!! poffff~ pengsan.. haha.. xdelah.. intonasi dya lawak je.. 


tapi bila pikir balik, macam mana kalau betul?? malam tadi x hujan tapi bantal husna basah.. *tett.. bukan sesi buat peta macam selalu ok.. hmm.. betul lah.. sapa bersedia nak tinggal semua tu.. tapi bersedia kah kita nak hadapi semua tu?? 




Mati itu pasti.. =)



Tuesday, November 27, 2012

menjawab soalan kalian


Assalamualaikum w.b.t..


selamat tengah hari.. ✿◕‿◕✿ sedang asyik melayan lagu dari siaran radio HotFM, husna baru tersedar yg hari tu berikutan entry sebelum ini, ramai yg tertanya-tanya apa itu pokok putat?? 

nampak buah putat?? 


sebelumnya minta maaf ye, sebab husna baru je tengok pokok putat sejurus ke kampung garok hari tu.. apatah lagi memakan buah putat atau pucuk putat itu sendiri.. bila tengok Mariam Kampung Putat baru-baru ni husna sendiri tertanya-tanya apa itu pokok putat?? 


jadi husna pon tanya mama husna.. *of course tanya mama sebab itu sumber yang paling dekat.. hehe.. beritahunya, pucuk putat dan buah putat sering dijadikan ulam.. apa rasa mereka husna sendiri xtahu, sebab x pernah makan.. 




Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.
sumber : pahitjadiubat



Buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.

sumber : fazlisyam.com




p/s- harap menjawab soalan kalian.. ✿◕‿◕✿

Sunday, November 25, 2012

hari minggu | Kampung Garok, Selama, Perak


Assalamualaikum w.b.t..


lalala~ perut kekenyangan durian.. sendawa pon dah bau macam-macam.. kejap durian, kejap machang, kejap rambutan.. perut pon dah kedepan sedepa.. muahahaha.. 


hari ni abah bawak satu family pergi rumah kawan dya kat Kampung Garok, Selama, Perak.. semata-mata nak makan buah durian.. once again.. DURIAN.. haha. tahun ni mampu tengok orang makan je.. xdak rezeki kitaorang.. so bila dah dapat pelawaan apa lagi.. harus pergi.. ngeh ngeh ngeh~


so kali ni husna nak jamu dengan gambar je.. sebab dah mengah kekenyangan nih.. =P

pokok putat 

pokok rambutan

pokok ubi kayu

nampak buah durian depan pintu?? 


buah machang berguguran

pokok pisang

seronok diorang dapat durian =D

pokok langsat

actually itu dusun mak saudara kawan abah husna.. terlalu banyak sangat buah durian, jadi dya pon pelawa kami.. pokok durian je sampai 15 batang pokok.. itu belom campur pokok lain.. husna rasa macam xmaw balik je.. satu hari berhajat nak jugak dusun macam ni.. ngeheee~ 




p/s- dya tanya husna itu durian jenis apa?? -.-' mana husna taw.. 


Cerekarama TV3 Mariam Kampung Putat


Assalamualaikum w.b.t..


haip!! haip!! selamat hari minggu.. buat apa je?? husna baru lepas tengok cerekarama kat TV3 tadi.. Mariam Kampung Putat.. lawak habis.. haha.. nak riuh rumah dengan kami anak beranak.. =P


***
cerita ni mengisahkan suatu hari ketika majlis kesyukuran di rumah En. Hashim (Azhar Sulaiman), Mariam (Hanis Zalikha) telah menumpahkan kari keatas Danial (Aiman Hakim), anak En. Hashim.. dan perkara tersebut telah membuat Cik Gayah Gelang Labuh (Betty Banafe), mak tiri Mariam marah dan mengurung Mariam dalam rumah.. 

Suatu hari En. Hisham mengusul kepada anaknya bahawa dia sunyi dan teringin nak beristeri.. tapi Danial tidak setuju.. Oleh yg demikian, En. Hashim memaksa Danial untuk mencari isteri dalam masa sebulan.. ketika itu dia teringat akan seorang perempuan yg telah menumpahkan kari ke atasnya tempoh hari.. 

Maka dia telah berhajat ingin memperisterikan Mariam.. Dalam usaha mencari Mariam banyak halangan yang terpaksa ditempuhi.. tapi hasil pertandingan kari yg dianjurkan Danial dapat mencari Mariam.. Akhirnya bersatulah Mariam dengan Danial.. 


***


cerita nie oklar.. dengan kehadiran Marzuki Chong (Azad Jazmin) dan azhar sulaiman dalam cerita nie maka hasilnya xdelar bosan sangat.. diorang ni je yg buat cerita ni lawak.. =D 


lakonan Hanis Zalikha pon boleh tahan.. sebab dia pon masih baru dalam industri lakonan kan.. Husna kadang-kadang tengok juga dia jadi pengacara dalam Mad Market.. murah rezeki dia.. All the best sis..=)



Saturday, November 24, 2012

giveaway | cik lyeen's giveaway


Assalamualaikum w.b.t..


selamat hari sabtu.. =) hari minggu yg membosankan?? 
xtaw nak buat apa ke?? 
jom kita join giveaway nie.. dari blogger Cik Lyeen Cupcakes..
hadiah pon menarik u'olls.. rugi kalau x join..






CARA-CARA

1 : Letak tajuk GA kita dulu, " Cik Lyeen's Giveaway"
2. Copy dan paste je banner ni kat entry u olss.
3. Taglah dua, tiga, empat atau seberapa banyak blogger yang u olls nak. Sorang pun takpa janji dorang tahu yang dorang tu kena tag..:D
4. Siap!
5. Copy and paste link entry u olls tu kat dalam entry GA Lyeen yang ni ok.


SYARAT PENYERTAAN
1.Follow blog Lyeen dengan ketulusan. *Takdak unsur paksaan. HAHA
2. Mohon u olss dengan penuh kecekalan dan kegigihan untuk klik butang LIKE pada page sponsor berkenaan:
Dua sponsor takda pages tapi ada FB, so kalau u all berminat dengan tudung-tudung roses ni. Sila ADD jer mereka ok. 


so macam mana?? x susahkan.. =)
boleh jugak support Cik Lyeen memandangkan ini firstime dia anjur giveaway..
dengan ini husna nak tag kak ruha.. =)
tarikh tutup belom diumumkan..=)

Wednesday, November 21, 2012

Segmen Eraz Fadli : pencarian BLOGLIST


Assalamualaikum w.b.t..


evening everyone!! tengah buat apa je?? kalau tengah dok relax sambil kenyang perut dah kedepan tu meh join segmen nih.. x lama dah ni.. segmen tamat malam ni.. 21.11.12.. pada pukul 11.59 pm.. tinggal beberapa minit je lagi..


kalau ada sapa-sapa perasan, masuk ni dah 2 kali husna join segmen pada saat akhir.. husna sendiri xtaw kenapa.. =P taw awal tapi sengaja gedik nak join lambat.. moh le kite.. =D








p/s - kroket daging in the making.. =)

Thursday, November 15, 2012

masak | gulungan popia nestum


Assalamualaikum w.b.t..


evening peeps~ everythings fine?? its a new year!! Selamat Tahun Baru 1434H.. semoga hari ini menjadi permulaan kepada sesuatu yg lebih baik dan akan lebih bermakna buat semua.. =)


semalam kan hari deepavali.. masing-masing tengah cuti.. lepas makan tengah hari je semua pakat relax amek port masing-masing nak layan cite hindu kat TV3 pukul 3.. ada yg join?? Endhiran.. cite hindu yg dah berapa kali ulang tayang.. tp x pernah jemu.. haha.. 


lepas layan cerita tu, *actually x perlu pon perenggan atas tu..-.-' husna baru teringat akan gulungan kulit popia dalam peti ais.. terus dengan perancangan awal nak goreng then salut dengan nestum.. sedap!! nak plak kulit popia yg rangup tu.. sambil makan tengok tv konfem x perasan habis sebalang.. =D


husna dapat resepi dari kawan husna.. actually kami sampai sekarang xtaw apa nama resepi ni.. then husna pon letak jelaa nama apa pon.. haha..





Bahan-bahan :

  • kulit popia 
  • secawan nestum (kisar halus)
  • setengah cawan gula (kisar halus)


Cara-caranya :

  1. gulung kulit popia.. potong menjadi saiz kecil..
  2. goreng kulit popia sehingga kekuningan.. sejat dari minyak.. biar sejuk..
  3. letak dalam satu bekas dan taburkan nestum dengan gula biar sekata.. 
  4. siap di hidang!! *mungkin boleh di tambah susu tepung untuk lebih rasa..


Saturday, November 10, 2012

Segmen | Segmen sabtu : jom cari follower bersama AH


Assalamualaikum w.b.t..


segmen seterusnya!! jom kite!! tinggal beberapa minit je lagi sebelum jam terakhir.. sebab tarikh tutupnya 10-11-12 (hari ini) tepat pada pukul 11.50 malam (malam ini) =) 





Syarat simple :
*Follow blog dan like fanpage
*buat post masukkan header blog ni dan linkkan ke post ini
*komen entry ni dan letakkan link entry anda



Friday, November 09, 2012

Alhamdulillah hanya mampu terluah


Assalamualaikum w.b.t..


Jumuah Mubarakah sahabat.. =)


*situasi- tengah tenang kan hati yg xberapa nak tenang nie.. >.<


pagi tadi bangun dengan perasaan yg berdebar-debar.. bukan pagi tadi ja, semalam pon nak tidoq dah rasa lain macam.. member siap cakap nak tunggu 'si dya' macam nak tunggu org masuk meminang.. debaran tatkala nak bersua lebih teruk dari time nak pergi amek result SPM.. *propa much?? 


hal ini x lain x bukan berkaitan result UiTM yg di jangka keluar hari ini pada pukul 9 pagi tadi.. apa lagi nak tengok ke tidak, tetap kena tengok kan.. dan.....


**jeng je jeng**


Alhamdulillah.. even unlisted in dean list im very grateful enough as i tought im gonna r*p*at some subject.. and i really did my best.. masih tersenarai 3.0 and above.. =) diri ini masih cuba untuk teruskan buat yg terbaik.. dan x sangka ianya berbaloi.. *tapi x puas hati lagi nih..>.<


kenapa nak mintak lebih, kalau awak bagi kurang?? 


so dengan ini husna nak mengucapkan terima kasih buat mereka yg terus mendoakan husna.. especially mama and abah.. also big thank to him yg terus bagi support dan berdoa.. i'll appreciate them much.. =D



p/s- ptptn dah nak habis.. =( sedekah sikit jom.. =) http://bit.ly/UyfgOI

Sunday, November 04, 2012

Tips | 5 amalan berbahaya selepas makan


Assalamualaikum w.b.t..


haip!! haip!! selamat hari ahad.. hari minggu kan, buat apa je?? husna plak hari minggu ke tidak sama jaa.. sebab tengah cuti.. hari-hari bangun buat benda yg sama.. naik jemu.. LOL~ =D nak pergi kerja malas sebab tinggal beberapa minggu je lagi nak balik merbok.. nak xnak terpaksa lar buat kerja yg sama nie.. =P


tengah hari yg 50-50 je cuacanya, panas tidak, hujan pon belum, husna nak kongsi sikit perbuatan yg sering dilakukan selepas makan.. kita tahu benda tu x boleh tapi kita x tahu sebab apa x boleh kan?? *actually ada 7 tapi husna kongsi 5 saja..=)



5 Amalan Berbahaya Selepas Makan

1. Jangan merokok --> kajian pakar membuktikan bahawa tabiat merokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 batang rokok.. dan berkemungkinan tahap menghidap kanser adalah lebih tinggi.. (*tabiat nie selalu sgt husna nmpak kalau pergi makan kat luar.. dahtu kita yg berdekatan jadi mangsa..>.<)

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta --> segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut dipenuhi dengan udara.. Oleh yg demikian, seharusnya mengambil buah-buahan 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.. (*mean yg org cakap makan buah-buahan selepas makan as pencuci mulut tu salah lar kan)

3. Jangan minum teh --> hal ini kerana daun teh mengandungi kandungan asid yg tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yg kita makan menjadi tinggi dan sukar dihadam.. (*yg ni selalu sangat husna buat, x kira makan di luar ataupun makan di rumah..=P)

4. Jangan mandi --> amalan mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki ke badan yg menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman dalam perut kita.. (*dan kalau x silap mandi selepas makan ada kaitan dgn perut buncit kan??)

5. Jangan segera tidur --> hal ini menyebabkan, pengambilan makanan tidak akan dicerna dengan betul.. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.. (*yg nie pon ada kaitan dengan masalah berat badan kan??)




Friday, November 02, 2012

balasan surat cinta dari nuffnang


Assalamualaikum w.b.t..


Jumuah mubarakah sahabat!! sejuk menggigil-gigil je kat sini.. sebab baru lepas hujan.. lately cuaca x menentu, tengah hari panas membahang, petang plak hujan mencurah-curah.. =D


semalam sebelum tidor, husna sempat tulis surat cinta buat nuffnang.. yelaa dah lama x tanya khabar.. sibuk ke dya, sampai x tegur husna nie pon.. dan tengah hari nie buka akaun yahoo nampak dah ada balasan..


jom husna kongsi sikit.. surat cinta nie x rahsia pon.. =D

kalau x jelas boleh klik untuk lebih jelas..=)


owh.. patot lar susah betul dya nak tegur blog husna yang naif nie.. mungkin x cukup menyerlah lagi katanya.. haha.. =P xpaa.. dya dah kasi semangat tuu.. apa lagi.. wink-wink.. ^^


Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates