Friday, October 26, 2012

kek coklat lembab di pagi raya korban


Assalamualaikum w.b.t..


selamat hari raya Aidiladha.. =D 

dah puas jenjalan?? syoknyaa.. tahun nie husna sefamily x dapat nak laksanakan aktiviti wajib di hari raya.. ziarah rumah saudara-mara, sahabat-sekufu, dan kawan bukan kawan.. raya puasa pon x jugak hari tuh.. selalunya kitaorg memang susah nak lekat kat rumah.. rumah nie dah macam RnR.. =D tapi sekarang terpaksa melakukan pengorbanan yg amat besar.. 


pengorbanan apa?? 
menurut kata Datuk Siti, biarlah rahsia.. =P


so melalut pon dah panjang nih.. anyway semalam husna sempat buat dua biji kek coklat lembab.. dulu pernah jugak masukkan dalam blog.. #KekKukusCoklatMoist tapi kali nie dari resepi yg lain.. sepupu husna bagi.. terpikat dengan kelembutan kek coklat dya.. so husna pon mintak resepi..



yg hari tu kukus, yg ni plak bakar.. Alhamdulillah.. hasil memang menakjubkan.. lepas bakar je nak telangkup kek atas pinggan cukup senang.. dan semalam sebijik kek dah habis.. pagi nie sempat hidang sebijik kek kat tetamu.. tetamu campur mulut orang yg kat rumah yg x pernah kenyang *dats me -.-' so tamatlar riwayat beliau.. hik3.. =D





Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat *x dapat nak cari HL guna Dutch Lady je
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak. *ikut saiz bekas kek
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…tuang atas kek yg dah sejuk.

so amacam?? mudahkan.. try lar..
spread it with lots of loves.. =))

8 comments:

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.