Friday, May 11, 2012

Masak | Tuna Roll Rangup


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..


selamat petang jumaat semua.. jumaat penghulu segala hari.. petang-petang cenggini kalau tidoq memang syiokk.. nikmatt~ lepas tu malam berjaga sampai ke subuh plak kan.. dah tu mata pon lebam macam panda.. haha.. tapi tidur lepas asar nie x elok ye.. otak boleh jadi gila kalau cukup 40 hari berturut-turut.. bahaya tuu..

untuk makluman, baru-baru nie husna ada buat sandwich yang lain sikit.. main gulung-gulung plak.. husna amek resepi dari che mat gebu dalam blognya Dapur Tanpa Sempadan.. nama resepi kali nie agak berbelit sikit nak sebut.. maw tergeliat lidah nie.. Tuna Roll Rangup.. 

resepi nie memerlukan serbuk roti.. *someone dah sebut serbuk roti as pasir..-.-' dah ada lebihan serbuk roti dalam peti ais so husna pon try buat.. x pernah lagi makan ikan tuna cap ayam brand yang dalam tin tu.. pergi kedai main belasah beli jaa.. balik gulung-gulung.. goreng buang 2 bijik.. bagi family jamah sorang sikit.. ibarat tester lar nie.. haha.. juri kata sedap baru kita gulung lagi.. hehe..




BAHAN INTI :

1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus *husna guna daun bawang
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon *xguna pown

BAHAN2 LAIN :

2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata..

CARA MEMBUATNYA :-)


1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya.
3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

and satu lagi bahan penyedap.. sos cheeze dari diancheezedotcom.. ^^V
serious rasanya sedap.. dah macam rasa kat KFC dah..




Terima Kasih~

14 comments:

  1. wah sedapnye nampak.menarik gak erk resepi ni.bahan2 pun senang.cuma cheezy tu yg takde.hehe. :)

    ReplyDelete
  2. @CtAyue
    cheeze tu husna beli on9 dari diancheezedotcom..^^

    ReplyDelete
  3. uwaaa,resepi lagi. lapar nye tgok .tsssk! haha

    ReplyDelete
  4. hmmmm..sedap..pembuka sm pg2 macam nie..ehehe..rasa lapa pulak..

    ReplyDelete
  5. @Selendang Merah
    hehe..memang sedap sm..kasi jelly sikit..

    @CIK TOM
    hehe..dah abeh lar ciktom..

    ReplyDelete
  6. woooo...sedapnyeee...terliur dah ni..
    nak tery lah macam ni ^_~

    ReplyDelete
  7. fuh pandainya anak dara nie masak.sedap2..:)

    ReplyDelete
  8. lama tak masuk blog adik husna..melawat entry dulu pon jadi...sedapnyer..nak sikit..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/05/welcome-to-my-personal-blog.html

    ReplyDelete
  9. hi yunk..smoga sentiasa sihat ye...
    update la entry nak baca..
    rindu niee :)

    ReplyDelete
  10. ciksu dapat hadiah dari menang GA..
    halal cheese powder..

    *dik, a`aa lebey krang la macam pasembor tpi pasembor macam2 ada kan :)

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.