Friday, December 28, 2012

Salam Jumaat | 8 Amalan Murah Rezeki



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! tengah buat apa je?? menggoreng kat dapur ea?? semenjak dua menjak nih minum petang kami sekeluarga asyik di hidang dengan cucur cempedak.. haa.. cakap lagi kempunan.. abah ngan mama dah pergi amek kat kebun arwah tokwan berbiji-biji.. =P tapi petang nih xnak buat korang terliur lak dengar cerite nih.. lain tahun sila terliur sekali lagi ye.. =D


Fokus!! husna nak up entry 8 Amalan Murah Rezeki.. diketahui umum rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk.. tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, boleh jadi kesihatan, pekerjaan, dan lain-lain.. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yg boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.. =)

Beribadah à telah di nyatakan dalam hadis qudsi Allah yg berfirman ; “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jikka tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Banyakkan Beristighfar à Sabda Nabi SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa à Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Tinggalkan Perbuatan Dosa à Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW : “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Tunaikan Hajat Orang Lain à Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya....” (Riwayat Muslim)

Berpagi-pagi à Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Menjalin Silaturrahim à Nabi SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

Amal Kekal Berwuduk à Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.  Baginda SAW bersabda : “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

sumber : Dara(dot)com


dan sedikit sedikit sebab mengapa rezeki susah nak masuk dari Ustaz Don Daniyal..





Salam Jumaat | 5 Cara Awal


Assalamualaikum w.b.t..


Jumuah Mubarakah sahabat!! semoga hari ni lebih baik dari hari-hari sebelumnya.. in shaa Allah.. =) hari ni nak share sikit dengan apa yg husna dapat pada hari Rabu lalu.. berguna buat husna, in shaa Allah berguna juga buat yg lain.. =) 









sumber : Lukisan Dakwah Islam


"Bukan tunjuk baik, tapi sampaikanlah walau sebaris ayat"





p/s- autopublish entry!! ditaip pada hari Rabu, 26 Dec 2012..

Thursday, December 27, 2012

Warning!! Adult Content..



Assalamualaikum w.b.t..


Dah hampir sebulan dya kat sana, sedang belajar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang yang boleh dipercayai.. dan boleh di anggap sebagai penyelamat negara.. bukan askar, mahupun tentera.. tapi yang pasti dya memang sedang menyelamatkan negara.. belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang mudah.. mungkin kita nampak mudah tapi hakikatnya mereka yang tanggung sedang merasai peritnya.. aku kagum dengan mereka yang bekerja sambil belajar.. sedangkan aku yang belajar sepenuh masa pon tidak merasai 24 jam tersebut..


berbalik pasa si dya yang sedang berjuang bersama sahabat sekalian, memerah otak mengingat setiap satu coding yang diberi, percayalah yang awak sedang buat sesuatu yang x akan orang lain mampu.. =) pekerjaan yang memerlukan tubuh badan yang kental 24/7 berhadapan dengan skrin yang penuh dengan coding.. saya tumpang bangga.. awak cakap ini adalah cita-cita awak, maka teruskanlah berjuang.. saya sokong awak.. =) dan dengan ikhlas mendoakan yang terbaik untuk awak.. dan saya percaya setiap usaha pasti ada hasilnya..


dua bulan lagi saya terpaksa menempuhi semua ni.. andai awak berjaya, mungkin semuanya akan bertukar selama-lamanya.. jangan pergi membiarkan saya melupakan kewujudan awak.. kerana itu akan membuatkan luka yang lama berdarah kembali.. saya tidak suka.. maka dengan itu jangan cuba mengusik hati lembut seseorang yang bergelar wanita andai awak sengaja hendak mempermainkannya.. saya percaya bukan itu sifat sebenar awak kan..


dulu awak pernah mempersoalkan kenapa kita dipertemukan andai akan datang kita perlu perpisahan.. untuk makluman awak, itu bukan perpisahan tapi dugaan yang sedang menguji.. masing-masing serba tahu, bercinta jarak jauh memerlukan kepercayaan yang sangat kuat.. dan saya berharap Allah kurniakan saya sifat itu.. tidak mudah melatah.. dan juga matang fikiran.. =) agar segala-galanya berjalan dengan lancar seperti yang di aturkan oleh Allah SWT.. kerana Dia adalah sebaik-baik perancang..  


memiliki hati yang sabar juga memerlukan pendamping yang penyabar.. oleh itu, saya sedang bersabar mengikut rentak yang kita gerakkan ini.. saya harap kita berada di jalan yang betul.. diredhai-Nya.. in shaa Allah.. setiap yang kita lakukan jika di iringi dengan batasan, kita pasti di bawah rahmat Allah.. dan saya berharap semua yang saya rasa adalah dengan izinNya..

(LILY NICKELBACK)



Monday, December 24, 2012

Segmen Blogwalking Rilex Cool


Assalamualaikum w.b.t..





Syarat-Syarat

1. Like Fan Page Kongsi Apa Saja (Wajib) Fan Page Kongsi Apa Sahaja
2. Buat satu entri bertajuk " Segmen Blogwalking Rilex Cool"
3. Letak banner atas dan link ke entri ini
4. Cerita sedikit apa kelebihan blogwalking
4. Dah siap! Letak Link entri korang kat bawah komen entri ini
5. Fendy akan Review 5 Blog Terbaik.Sebarkan kepada kawan2 lain.
6. Senarai peserta akan dikeluarkan pada 25 Disember.Korang boleh BW peserta.Follow dan tambah kenalan.

Tarikh tutup segmen (25 Disember 2012)



Kelebihan Blogwalking :

  1. mengetahui info-info semasa..
  2. belajar pengalaman baru..
  3. jumpa ramai kawan alam maya..
  4. berkonsi cerita..
  5. boleh up trafik juga.. =P



Sunday, December 09, 2012

Breakfast | Quaker Oat Cereal Drink 3in1


Assalamualaikum w.b.t..


selamat pagi!! selamat hari minggu buat mereka yg di luar kawasan kedah.. =) hari ni dah minggu kedua husna kat merbok.. kelas pon akan berjalan seperti biasa.. tapi kelas hari ni pukul 12.. yeayy!! 


husna pagi-pagi bangun kalau x sarapan memang x boleh.. then pagi nih sempat lar pekena Quaker Oat Cereal Drink 3in1.. ada dua perisa.. chocolate and original.. husna punya ori.. sedap tu boleh tahan lar.. tapi agak manis sedikit.. *tapi apa guna "less sugar" kat bungkusannya itu??  -.-' 



husna nih pelik sedikit.. susu x minum tapi oat yg di campur susu, telan sesuka hati je.. begitu juga dengan nesvita.. haa.. itu husna, x pelik sangat pon.. =P *actually banyak lagi yg pelik.. hehe.. nanti husna cerita serba sedikit ye.. =)


have a great day everyone!! 
semoga dipermudahkan setiap urusan..=)






*kak murni, tambah lagi koleksi 3in1 husna..=(

Friday, December 07, 2012

di bilik dilanda kebosanan


Assalamualaikum w.b.t..


selamat petang!! =) syoknyaa petang-petang cenggini dapat minum petang.. x kisahlar goreng pisang ke, roti arab ke, roti jala ke.. hmm.. nyum-nyum.. sedapnyaa.. kat bumi merbok ni baru lepas hujan.. dan husna tengah berkubang kebosanan.. 


lepas tertidor kejap baca entry sana sini, blogwaking sampai lebam, reply jejak sampai kematu semua jari, walaupon line wifi merbok kadang-kadang baik dan kadang-kadang sebaliknya, ku gagahkan jua, demi pembaca tercinta.. *nah!! panjangkan.. 


tengah syok menggoogle cari siapa pemilik wallpaper kawanimut.. *xdak keje cari keje.. husna suka tengok lukisan beliau.. mostly semua berkaitan wanita muslimah.. cantik!! jelas kelihatan yang beliau sedang cuba menzahirkan betapa indahnya wanita muslimah ini.. =)


menurut sumber, beliau tersebut adalah orang Indonesia.. 









yg ni dah jadi cover photo kat facebook.. *rindu


yg ni sama macam header husna kan?? =)






see!! cantik kan.. hehe.. =)















p/s-lapaq cucuq chempedak!!! ='(

Tuesday, December 04, 2012

Masak | Kroket Daging




Assalamualaikum w.b.t..


Selamat pagi.. Selamat hari Selasa.. Selamat bekerja.. semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan oleh Nya.. Ameen.. =)


husna dah lama nak publish entry nie tapi masa x menyempat.. sekarang baru sempat.. hehe.. resepi kroket daging.. sedappp~ ranguppp~ rugi kalau x buat.. boleh buat minum petang.. xpon kudapan time melayan movie kan.. 


Resepi asal : Azian Collections





KROKET DAGING


BAHAN-BAHAN

200 gm daging cincang (cari daging x jumpa, guna daging ayam cincang je)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
300 gm tepung gandum*.
3 cawan air (tambah jika perlu)
2 biji telur*
1/2 cawan susu tepung* (husna x letak pon)
 1 Tbsp lada sulah*
4 tbsp marjerine
putih telur
bread crumb

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong kiub bawang besar.

2. Satukan bahan yang bertanda *. Tumbuk bawang putih.
3.Tumis bawang putih dengan 2 tbsp merjerine sehingga berbau wangi. Masukkan daging cincang dan taburkan sedikit lada sulah.
4. Sementara daging empuk, di dalam bekas lain tuang air kedalam bahan yang bertanda * dan gaul rata. Masukkan juga serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. masukkan telur kacau sehingga sebati.Tambahkan air jika perlu.Batter seharusnya seperti membuat kuih dadar. Tapis.
5.Apabila daging empuk, masukkan bawang besar dan masak hingga layu.
6. Masukkan  batter sambil di kacau selalu. Kecilkan api sewaktu proses ini.
7. Kacau sehingga batter pekat dan  berpisah dari kuali apabila di kacau. Masukkan lebihan marjerine dan kacau rata.
8. Bentukkan seperti silinder ketika masih suam. Buat sehingga habis dan sejukkan.
9. Setelah sejuk, lumurkan setiap satu dengan putih telur dan salutkan dengan bread crumb.
10. Goreng di dalam minyak penuh dengan api yang sederhana sehingga garing kekuningan.
11. Enak di makan bersama cili sos.



Alhamdulillah.. so far apa yg husna buat, seisi rumah mesti makan dengan sedapnya.. =)





















p/s- autopublish entry.. =) 


Monday, December 03, 2012

sakitnya mengalahkan tajam mata pedang


Assalamualaikum w.b.t..


selamat petang!! korang dah tengok filem Istanbul Aku Datang?? baru turn husna dapat tengok.. itupon amek dari kawan.. dya download.. haha.. serius husna cakap, cerita melayu lebih suka tengok online dari buang duit kat wayang.. kalau nak p wayang pon tengok cerita orang putih je.. muehehehe.. =P




mula-mula ingat si Dian (Lisa Surihani) ni akan tercapai lah impian dya nak kahwin dengan Azad (Tomok).. tapi rupanya tidak.. Dian kahwin dengan Haris (Beto Kusyairi).. rupanya dalam perjalanan 8000km mencari cinta ni Dian dah kena tipu dengan Azad.. Azad dah ada orang lain.. =(




husna xnak elaborate panjang-panjang.. sebab x dapat extra mark pon.. apa yg husna nak cakap, it is about kepercayaan.. sakit ooo apabila diri dikecewakan.. sedih tengok scene Dian kena tipu dengan Azad tadi.. sob.. sob.. :'( kepercayaan yg di beri x dihargai.. 



memandangkan husna ada sedikit pengalaman pasal bab ni, so husna nak ingatkan sikitlar.. bila sesiapa je dah letak kepercayaan dekat kita seharusnya kita x perlulah nak kecewakan dya.. jika ada apa-apa jangan berselindung baik terus terang sebelum dya sendiri dapat taw.. goodluck!! =)


















p/s- Lisa tetap x boleh sebut 'R' lagi.. kesian dya.. dahlar jelas.. =P


Friday, November 30, 2012

pernah alami x??


Assalamualaikum w.b.t..


selamat hari jumaat semua!! tinggal lagi sehari je nak meroyan kat rumah.. dari tengah hari ni sampai lar tengah hari Sabtu.. terasa nak buat apa-apa yg rasa belum di buat since sampai rumah sebulan yang lalu, baik buat cepat.. haha.. nanti mulalah kol cakap terlupa buat itu, then terlupa buat ini.. haha..


selalunya husna akan kol cakap "lah..terlupa makan itu, or ini and so on" haha.. =P tapi bukan itu yg husna nak cerita.. ini pasal terlupa ayat kursi sewaktu solat subuh sehari dua lepas.. *dah lepas?? x kira nak share  jugak.. 


waktu tu rasa macam terkejut gile ++ lah.. sebab ayat kursi ni memang husna selalu baca dalam solat.. bila teringat balik waktu tu, husna asyik nak sambung ayat kursi dengan surah lain.. ohh pelik! kept repeating it but still da same.. pagi tu cerita dengan mama, then she said based on her experiences that im gonna died!! poffff~ pengsan.. haha.. xdelah.. intonasi dya lawak je.. 


tapi bila pikir balik, macam mana kalau betul?? malam tadi x hujan tapi bantal husna basah.. *tett.. bukan sesi buat peta macam selalu ok.. hmm.. betul lah.. sapa bersedia nak tinggal semua tu.. tapi bersedia kah kita nak hadapi semua tu?? 




Mati itu pasti.. =)



Tuesday, November 27, 2012

menjawab soalan kalian


Assalamualaikum w.b.t..


selamat tengah hari.. ✿◕‿◕✿ sedang asyik melayan lagu dari siaran radio HotFM, husna baru tersedar yg hari tu berikutan entry sebelum ini, ramai yg tertanya-tanya apa itu pokok putat?? 

nampak buah putat?? 


sebelumnya minta maaf ye, sebab husna baru je tengok pokok putat sejurus ke kampung garok hari tu.. apatah lagi memakan buah putat atau pucuk putat itu sendiri.. bila tengok Mariam Kampung Putat baru-baru ni husna sendiri tertanya-tanya apa itu pokok putat?? 


jadi husna pon tanya mama husna.. *of course tanya mama sebab itu sumber yang paling dekat.. hehe.. beritahunya, pucuk putat dan buah putat sering dijadikan ulam.. apa rasa mereka husna sendiri xtahu, sebab x pernah makan.. 




Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.
sumber : pahitjadiubat



Buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.

sumber : fazlisyam.com




p/s- harap menjawab soalan kalian.. ✿◕‿◕✿

Sunday, November 25, 2012

hari minggu | Kampung Garok, Selama, Perak


Assalamualaikum w.b.t..


lalala~ perut kekenyangan durian.. sendawa pon dah bau macam-macam.. kejap durian, kejap machang, kejap rambutan.. perut pon dah kedepan sedepa.. muahahaha.. 


hari ni abah bawak satu family pergi rumah kawan dya kat Kampung Garok, Selama, Perak.. semata-mata nak makan buah durian.. once again.. DURIAN.. haha. tahun ni mampu tengok orang makan je.. xdak rezeki kitaorang.. so bila dah dapat pelawaan apa lagi.. harus pergi.. ngeh ngeh ngeh~


so kali ni husna nak jamu dengan gambar je.. sebab dah mengah kekenyangan nih.. =P

pokok putat 

pokok rambutan

pokok ubi kayu

nampak buah durian depan pintu?? 


buah machang berguguran

pokok pisang

seronok diorang dapat durian =D

pokok langsat

actually itu dusun mak saudara kawan abah husna.. terlalu banyak sangat buah durian, jadi dya pon pelawa kami.. pokok durian je sampai 15 batang pokok.. itu belom campur pokok lain.. husna rasa macam xmaw balik je.. satu hari berhajat nak jugak dusun macam ni.. ngeheee~ 




p/s- dya tanya husna itu durian jenis apa?? -.-' mana husna taw.. 


Cerekarama TV3 Mariam Kampung Putat


Assalamualaikum w.b.t..


haip!! haip!! selamat hari minggu.. buat apa je?? husna baru lepas tengok cerekarama kat TV3 tadi.. Mariam Kampung Putat.. lawak habis.. haha.. nak riuh rumah dengan kami anak beranak.. =P


***
cerita ni mengisahkan suatu hari ketika majlis kesyukuran di rumah En. Hashim (Azhar Sulaiman), Mariam (Hanis Zalikha) telah menumpahkan kari keatas Danial (Aiman Hakim), anak En. Hashim.. dan perkara tersebut telah membuat Cik Gayah Gelang Labuh (Betty Banafe), mak tiri Mariam marah dan mengurung Mariam dalam rumah.. 

Suatu hari En. Hisham mengusul kepada anaknya bahawa dia sunyi dan teringin nak beristeri.. tapi Danial tidak setuju.. Oleh yg demikian, En. Hashim memaksa Danial untuk mencari isteri dalam masa sebulan.. ketika itu dia teringat akan seorang perempuan yg telah menumpahkan kari ke atasnya tempoh hari.. 

Maka dia telah berhajat ingin memperisterikan Mariam.. Dalam usaha mencari Mariam banyak halangan yang terpaksa ditempuhi.. tapi hasil pertandingan kari yg dianjurkan Danial dapat mencari Mariam.. Akhirnya bersatulah Mariam dengan Danial.. 


***


cerita nie oklar.. dengan kehadiran Marzuki Chong (Azad Jazmin) dan azhar sulaiman dalam cerita nie maka hasilnya xdelar bosan sangat.. diorang ni je yg buat cerita ni lawak.. =D 


lakonan Hanis Zalikha pon boleh tahan.. sebab dia pon masih baru dalam industri lakonan kan.. Husna kadang-kadang tengok juga dia jadi pengacara dalam Mad Market.. murah rezeki dia.. All the best sis..=)



Saturday, November 24, 2012

giveaway | cik lyeen's giveaway


Assalamualaikum w.b.t..


selamat hari sabtu.. =) hari minggu yg membosankan?? 
xtaw nak buat apa ke?? 
jom kita join giveaway nie.. dari blogger Cik Lyeen Cupcakes..
hadiah pon menarik u'olls.. rugi kalau x join..






CARA-CARA

1 : Letak tajuk GA kita dulu, " Cik Lyeen's Giveaway"
2. Copy dan paste je banner ni kat entry u olss.
3. Taglah dua, tiga, empat atau seberapa banyak blogger yang u olls nak. Sorang pun takpa janji dorang tahu yang dorang tu kena tag..:D
4. Siap!
5. Copy and paste link entry u olls tu kat dalam entry GA Lyeen yang ni ok.


SYARAT PENYERTAAN
1.Follow blog Lyeen dengan ketulusan. *Takdak unsur paksaan. HAHA
2. Mohon u olss dengan penuh kecekalan dan kegigihan untuk klik butang LIKE pada page sponsor berkenaan:
Dua sponsor takda pages tapi ada FB, so kalau u all berminat dengan tudung-tudung roses ni. Sila ADD jer mereka ok. 


so macam mana?? x susahkan.. =)
boleh jugak support Cik Lyeen memandangkan ini firstime dia anjur giveaway..
dengan ini husna nak tag kak ruha.. =)
tarikh tutup belom diumumkan..=)

Wednesday, November 21, 2012

Segmen Eraz Fadli : pencarian BLOGLIST


Assalamualaikum w.b.t..


evening everyone!! tengah buat apa je?? kalau tengah dok relax sambil kenyang perut dah kedepan tu meh join segmen nih.. x lama dah ni.. segmen tamat malam ni.. 21.11.12.. pada pukul 11.59 pm.. tinggal beberapa minit je lagi..


kalau ada sapa-sapa perasan, masuk ni dah 2 kali husna join segmen pada saat akhir.. husna sendiri xtaw kenapa.. =P taw awal tapi sengaja gedik nak join lambat.. moh le kite.. =D








p/s - kroket daging in the making.. =)

Thursday, November 15, 2012

masak | gulungan popia nestum


Assalamualaikum w.b.t..


evening peeps~ everythings fine?? its a new year!! Selamat Tahun Baru 1434H.. semoga hari ini menjadi permulaan kepada sesuatu yg lebih baik dan akan lebih bermakna buat semua.. =)


semalam kan hari deepavali.. masing-masing tengah cuti.. lepas makan tengah hari je semua pakat relax amek port masing-masing nak layan cite hindu kat TV3 pukul 3.. ada yg join?? Endhiran.. cite hindu yg dah berapa kali ulang tayang.. tp x pernah jemu.. haha.. 


lepas layan cerita tu, *actually x perlu pon perenggan atas tu..-.-' husna baru teringat akan gulungan kulit popia dalam peti ais.. terus dengan perancangan awal nak goreng then salut dengan nestum.. sedap!! nak plak kulit popia yg rangup tu.. sambil makan tengok tv konfem x perasan habis sebalang.. =D


husna dapat resepi dari kawan husna.. actually kami sampai sekarang xtaw apa nama resepi ni.. then husna pon letak jelaa nama apa pon.. haha..





Bahan-bahan :

  • kulit popia 
  • secawan nestum (kisar halus)
  • setengah cawan gula (kisar halus)


Cara-caranya :

  1. gulung kulit popia.. potong menjadi saiz kecil..
  2. goreng kulit popia sehingga kekuningan.. sejat dari minyak.. biar sejuk..
  3. letak dalam satu bekas dan taburkan nestum dengan gula biar sekata.. 
  4. siap di hidang!! *mungkin boleh di tambah susu tepung untuk lebih rasa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.