Monday, November 14, 2011

Masak--> Kek kukus Coklat Moist

assalamualaikum w.b.t
afternoon you all..hehe..dah lunch ke?? uit..da yang blom?? dah2 pi lunch dulu..stg mai len..^^

ok..tengah hari nie husna nak share resepi kek coklat moist yg di kukus..simple jer..^^
act buat kelmarin dengan pantaun mama husna..at last jd jgak..haha..bukan apa..husna nie jnis yg x sbar..hehe.. my tabiat lar tu..nak wat ppe of coz nak cpat siap..huh! trok kan?? (wekk..biaqlar)

almaklumlarh..x sbar nak tgk hasilnya..hehe..so inilah hasilnya..jeng..jeng..jeng..:D

panas2 lagi nie trus snap..:P

hehe..sdap kan?? mesti ada yg terliur dah tu..haha..dun worry..bleyh try meyh.. sriously, mmg sdap..tekstur dya yg lmbut gebu..hak3.. tp klau dah nma coklat tu smua sdap..ye dak?? kat rmah husna sbiji x ckup.. testing 1st..mnjadi trus buat yg 2nd..haha..


Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya..(husna x letak hiasan lak, smua pkat nk mrasa dh..haha..)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan,

*mama cakap x letak topping pon habis jgak..:P

so..amacam?? teringin?? hak3..try buat..nak bg pon dh abeh..:P
husna amek resepi 2 kat jintanmanis.com..kalau nak taw banyak lagi resepi kat situ..try r cekedout..hehe.. *promote jap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.