Featured

Tuesday, October 18, 2011

TIPS-->Cara Menggunakan Minyak Wangi (Perfume)


assalamualaikum w.b.t
selamat tengah hari semua..hik3..
dah lunch ke?? 
hmm..taw dh..nie mesti tgh kekenyangan nie..haha..

bagus2..meh dok cni diam2..
husna nak bagi tips menggunakan minyak wangi..
or..bahasa omputihnya perfume..hehe..taw kan..
nak pakai perfume nie mana bleyh ikowt dan jee..haa..
x guna kalau habis satu botol tapi x wangi jgak..haha..
so apa kata kita cekedout..hehe..

  • Sesuaikan dengan body lotion

    Sudah mandi, mungkin kita terbiasa menggunakan body lotion. Bila nak guna perfume, sesuaikan wangian tu mengikut lotion supaya nanti wangian dari perfume dengan lotion x akan bercampur. Selain itu, sebaiknya menggunakan body lotion terlebih dahulu sebelum menyemburkan pearfume kerana body lotion dapat mengurangkan aroma harum dari perfume.
  • Semburkan perfume pada kulit

    Sebaiknya, perfume tidak disemburkan pada pakaian. Sesetengah jenis perfume akan meninggalkan kesan rosakan pada baju seperti terkena titisan air dalam waktu yang lama.
  • Semburkan perfume pada bahagian tubuh yang tepat

    Bahagian tubuh yang sebaiknya disemburkan perfume adalah bahagian dalam pergelangan tangan, bahagian dalam siku lengan, belakang telinga, dada dan leher. Menggunakan perfume di tempat-tempat tersebut membuat wangian dari perfume tahan lebih lama.
  • Jangan menggosokkan kulit selesai menyembur perfume

    Kebiasaannya kita akan menyemburkan perfume pada pergelangan tangan dan akan mengosok2 kedua2 tangan. Cara ini sebenarnya akan menghilangkan aroma dari perfume. Jadi, sebaiknya biarkan perfume mengering dengan sendirinya.
  • Jangan menggunakan perhiasan sebelum menggunakan perfume

    Apabila perhiasan terkena semburan perfume, ia akan dapat membuat perhiasan tersebut berubah warnanya. Hal ini akan menyebabkan perhiasan tersebut kelihatan tidak menarik.
  • Gunakan perfume sewajarnya

    Menggunakan perfume secara berlebihan dapat membuat orang sekeliling anda menjadi pening. Penggunaan perfume dapat disesuaikan dengan jenis kulit. Untuk anda yang berkulit kering seeloknya memerlukan semburan yang lebih banyak. Sebaliknya untuk yang kulit berminyak, hanya perlu sedikit sahaja semburannya.
  • Simpan perfume di tempat yang tepat

    Simpan perfume di tempat yang kering dan sejuk serta terhindar dari cahaya matahari. Untuk pengetahuan, aroma perfume akan berubah dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, sesuaikan ukuran isi perfume dengan keperluan anda, agar perfume tidak tersimpan terlalu lama dan mengubah aroma menjadi tidak lagi harum.

hehe..dah taw kan?? so lpas nie apply lar dlm life korang.. bukan sja meningkatkan keyakinan diri  taw malah orang sekeliling pon akan senang bila bersama korang..hehe..

Sunday, October 16, 2011

Masak-->Makaroni Bakar


assalamualaikum w.b.t
                                      selamat petang bloggers!!
              sihat?? alhamdulillah..husna sihat jee..

                         so ape aktiviti korang hari sabtu nieyh??
      ape?? xdak yang menarik..ish3..kesian~
huhu..samalar kita..dok umah mengadap tv je kje..hehe..
hari sabtu macam nie banyak cerita hindustan..layan arr~ hik3..

hari nie husna nak share resepi makaroni bakar..
actually makaroni 2 buat semalam tapi x sempat nak post..
itu yang post petang sabtu nieyh..




1st time buat nieyh..haha..habis satu family sapu.. 
x sangka..mula2 ingat xdak yang nak merasa..
husna amek resepi nie kat Enjoy Cooking
then olah2 sikit..

BAHAN2NYA
Pasta makaroni 1 cawan penuh
sos tomato/sos spagheti (husna guna sos cili je)
1sudu besar rempah kari daging
daging cincang
mix vege (mix vege xde kt kdai so gnti dgn kcg pis ngan carrot d ptong dadu)
3 biji telor
1 biji bawang besar didadu
1 mangkuk susu cair
cheese (husna x letak plak)
lada sulah
garam
minyak

CARA2NYA
1. Rebus air yg ditambah minyak sesudu sehingga mendidih..then masukkan makaroni.
2. Tumis bawang, kemudian masukkan sos tomato dan rempah kari hingga masak.
3. Masukkan pula daging dan gaul sebati hingga masak. Pecahkan sebiji telur ala2 buat scramble egg tu. Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam dan  lada sulah.
5.Sementara itu toskan makaroni. lepas 2 dlm satu mangkuk dadarkan 2 biji telur dan susu cair.
6. Masukkan makaroni dalam kuali berisi bahan tumisan tadi. Gaul sebati.
7. Tuangkan makaronii tadi ke dalam loyang yg telah disapu minyak.
8. Tuang campuran susu  telur ke atas makaroni. Taburkan cheese jika ada. keju yang sedap seperti mozrella, cheddar grated dan parmesan. (huhu..x sempat nak cari cheese..so x dpt nak guna..)
9. bakar dalam ketuhar suhu 180C dlm 1/2 jam.


p/s_seronok tgk adik2 mkn dgn sdapnyaa..appreciate jgak korang ea..hehe..=)
Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates